BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

2/13/12

DIA tau saya MAMPU hadapinya..

sesungguhnya saya masih x faham..
saya yang susah difahami @ mereka yg sukar dimengerti..
teruskan lah mengata dan membuka aib orang lain.. sebab nnti 2x aib awk akan dibuka..
saya bukan nk berceramah.. tp saya cuma ingin mengingatkan..
awk dipihak yang benar ke sekiranya awk sendiri
berjalan x lurus...?layakke awk nk
pertikaikan keimanan, keislaman org dan sebagainya?
sungguhpun saya masih mencari identiti diri, saya
masih x pernah pertikaikan keislaman orglain..

am_sayangislam wrote: saya nak mintak pendapat.ap hukum kawan yg buka aib kawan nya sendiri.sedangkan sudah beberapa tahun berlaku namun kawan saya ini akn menceritakan aib kawanya kepada orang lain sehingga kawan saya ini malu dan tertekan
Assalamualaikum Warahmatullah. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya. (Riwayat Muslim, Abu Daud dan Tarmizi). Adalah tidak diharuskan untuk membuka dan menceritakan aib orang lain ataupun aib diri sendiri kepada orang lain. Saudara/ri disarankan agar menasihati sikap kawan tersebut agar tidak menceritakan lagi aib tersebut kepada orang lain. Wallahualam.

dh terbuktikan?? saya bukan nk berceramah, tapi
ni hukum ALLAH.. saya jugak masih belajar..
insyaallah... saya nak berubah.. dan saya sedang mencuba.. adakah
itu sesuatu yang salah?untuk pengetahuan PENGUMPAT antarabangsa bacelah petikan ni..
semoga kita sama2 berubah.. :

Bertanyalah nabi s.a.w kepada mereka : Tahukah kamu apakah yang dimaksudkan dengan Ghibah itu?. Lalu mereka menjawab : Allah dan rasulNya yang lebih tahu. Maka sabda nabi s.a.w : iaitu kamu membicarakan saudaramu tentang sesuatu yang dia tidak menyukainya. Kemudian nabi ditanya : bagaimana jika pada saudaraku itu terdapat apa yang saya katakan tadi?. Rasulullah s.a.w menjawab : Jika padanya terdapat apa yang kamu bicarakan itu maka bererti kamu mengumpatnya dan jika tidak seperti apa yang kamu bicarakan itu maka bererti kamu telah menuduhnya ( Riwayat imam Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan Nasai’e)

Daripada Jabir berkata : Kami pernah berada disamping nabi kemudian menghembuslah angin berbau busuk lalu bertanyalah nabi : Tahukah kamu apakah bau ini? Inilah bau orang-orang yang mengumpat orang mukmin { Riwayat imam Ahmad dan perawinya thiqah)

Apabila kita merenungi kepada maksud ayat al-Quran dan potongan hadis nabi maka dapatlah disimpulkan bahawa mengumpat merupakan salah suatu dosa besar dan ia merupakan perbuatan yang tercela seolah-olah pelakunya memakan daging saudaranya sendiri yang telah mati. Di dalam Islam ada dosa besar yang mempunyai hukum khusus untuknya seperti murtad, zina, bunuh dan ada pula dosa besar yang lain tetapi tidak ditetapkan hukumannya seperti riba, rasuah.

dh2.. saya x nak menambah dosa saya..xtertanggung rasanya..biarlah saya jalani hidup seperti biasa..buat apa yang termampu.. sabar dan diam selagi mampu.. yaallah yatuhan ku.. kabulkan lah doa2 ku semoga segalanya berjalan lancar.. dan tabahkan lah hatiku ya allah..

0 comments: